Langkah Tebus Data Internet 1GB Setiap Hari Secara Percuma Di Seluruh Malaysia Sehingga 31 Disember 2020 - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Tuesday, June 23, 2020

Langkah Tebus Data Internet 1GB Setiap Hari Secara Percuma Di Seluruh Malaysia Sehingga 31 Disember 2020


TEBUS 1GB PERCUMA ANDA

Tebus data internet percuma anda yang telah diperkenalkan dalam pelan PENJANA. Dalam program ini, anda berpeluang untuk menggunakan 1GB data kouta setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

Kemudahan 1GB data secara percuma ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk memudahkan pembelanjaan dari rumah dilakukan.
Berikut dikongsi langkah-langkah untuk menebus 1GB data kouta percuma setiap hari setiap rangkaian.




















1. DIGI
> Tawaran ini akan diterima kepada pelanggan pascabayar dan broadband Digi sebanyak 1GB setiap hari.
> Data percuma pada jam 8 pagi hingga 6 petang.> Penebusan adalah dibuat melalui aplikasi MyDigi yang boleh di muat turun di Apps Store/PlayStore.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman Digi












2. CELCOM

> Buat pengguna Celcom, anda tidak perlu buat sebarang penebusan kerana data percuma akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik setiap hari.
> Data internet percuma boleh dinikmati dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
> Baki data yang tidak digunakan akan terhapus dan tidak boleh di bawa ke hari berikutnya.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman Celcom









3. MAXIS
> Penawaran data percuma ini adalah untuk pengguna semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis tidak termasuk pengguna MaxisONE.
> Penebusan perlu di buat setiap hari dan boleh di gunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
> Penebusan data adalah melalui tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang  digunakan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman Maxis











4. UMOBILE
> Penawaran data percuma ini adalah buat pelanggan pascabayar,prabayar dan broadband tidak termasuk pengguna Wechat Go.
> Pengguna internet percuma ini tiada had untuk pengguna layari dan juga boleh gunakan hotsport.
> Tawaran internet percuma hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Pengguna selain daripada waktu itu akan diambil kira pakej data langganan bayar sendiri.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman Umobile












5. YOODO
> Lain daripada pengguna telco yang lain, YooDo lebih menarik dengan tawaran pengguna data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari.
> Data percuma ii bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang aktif dan akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik.> Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada. Sebagai contoh, jika baki anda ada 5GB, YooDO akan tambah 1GB  menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman YooDo









6.UNIFI MOBILE
> Unifi Mobile telah menawarkan pas hotsport 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020.
> Penawaran ini adalah buat pelanggan Unifi Mobile hotsport (Unifi Mobile 99, webe RM79 & Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 & Unifi Mobile Biz 79)
> Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia akan diaktifkan secara automatik.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: laman Unifi Mobile

Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus 1GB di rangkaian yang terlibat di seluruh negara sehingga 31 Disember 2020. Diharapkan info ini akan memberikan manfaat kepada seluruh warga Malaysia.

No comments:

Post a Comment