Pada 8 Jun kerajaan telah mengumumkan tentang pemberian kredit RM50 secara percuma melalui aplikasi MySejahtera.
MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan yang mana untuknmembantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
BACA JUGA: (Klik petikan di sebelah ini) Langkah Tebus Data Internet IGB Setiap Hari Secara Percuma Di Seluruh Malaysia
MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA DI ANDROID DAN IOS
Ikut langkah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera :
Langkah 1: Muat turun aplikasi MySejahtera yang boleh didapati di Apple App Store, Google, Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Klik pada "daftar di sini"
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau e-mel anda
Langkah 4: Tekan "Hantar". Anda akan menerima one time pin "OTP" melalui sms daripada 63839 (jika anda mendaftar menggunakan nombor telefon) atau e-mel (jika anda mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Sila masukkan nombor OTP yang diterima dan tekan butang "Hantar"
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti di skrin aplikasi MySejahtera anda
Langkah 7: Tetapkan kata laluan & tekan butang "Sahkan"
Langkah 8: Skrin anda akan memaparkan "Pendaftaran Berjaya"
Anda boleh memuat turun aplikasi MySejahtera melalui Google Play, Apple Store dan Huawei AppGallery
Anda boleh rujuk video langkah-langkah membuat pendaftaran MySejahtera di bawah:
FUNGSI APLIKASI MYSEJAHTERA
>Maklumat tentang Covid-19
>Penilaian kesihatan
>Pengesan hotsport Covid-19
>Maklumat
Jika anda perlukan sebarang bantuan teknikal, anda boleh menghantar emel ke 80008000@1govuc.gov.my
No comments:
Post a Comment