Bantuan Ibu Tunggal RM300 one-off. Daftar Online Sekarang! - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Sunday, July 12, 2020

Bantuan Ibu Tunggal RM300 one-off. Daftar Online Sekarang!

Bantuan Ibu Tunggal Malaysia. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan Pelan Jana Ekonomi dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang baru sahaja diumumkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan wabak ini.


Apa Itu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)?

bantuan-khas-ibu-tunggal-penjana

Bantuan ini diperkenalkan kerajaan khas kepada semua ibu tunggal di Malaysia yang layak. Ibu tunggal yang layak adalah mengikut daripada pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal PENJANA

  • Bantuan sebanyak RM300 one-off akan diberikan kepada ibu tunggal yang berdaftar dengan KPWKM
  • Sila daftar sebelum 31 Oktober 2020
Cara Pendaftaran (Klik Bawah)


1. Sebelum daftar, pastikan anda mempunyai akaun Gmail (email). Log in Gmail.
2. Tekan pautan di bawah mengikut negeri anda:


3. Isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan
4. Tekan submit untuk hantar permohonan.

Jika pautan link tidak boleh dibuka, sila daftar secara manual.

Pendaftaran Manual

Sila mohon secara manual di tempat berikut:
- Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
- Pejabatan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM Negeri Sabah /  Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon di Sabah)
- Jabatan JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)

Bawa dokumen dan dokumen sokongan yang diperlukan:


  • Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
  • Salinan Penyata Akaun tahun semasa 
  • Salinan Siji Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  • Salinan Slip Gaji Terkini  / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada penghulu / majikan
  • Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses pencerian)
Syarat Kelayakan BKIT

1. Rakyat Malaysia (menetap di Malaysia)
2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah
3. Berpendapatan isi rumah bawah Pendapatan Garis Kemiskinan 



Info Tambahan Bantuan Ibu Tunggal

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila berbuat demikian dengan menghubungi:

Laman Web: 
Telefon: 03-8323 1000
Alamat:https://www.jpw.gov.my/
Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
621000, Putrajaya.

















No comments:

Post a Comment