Lebih 51,260 Jawatan: Daftar MyFutureJobs Perkeso Sekarang! - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Tuesday, July 28, 2020

Lebih 51,260 Jawatan: Daftar MyFutureJobs Perkeso Sekarang!

Daftar MyFutureJobs Perkeso. Kita semua sedia maklum disebabkan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan disebabkan wabak ini. Namun begitu, kerajaan tidak pernah membiarkan rakyat Malaysia susah.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan satu portal yang mana akan membantu penganggur serta graduan yang baru menamatkan pengajian untuk mencari kerja. Portal tersebut diberi nama MyFutureJobs ini akan menyediakan padanan pekerjaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.


Ramai rakyat Malaysia terkesan kehilangan pekerjaan akibat daripada wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Graduan yang baru tamat pengajian juga mula bimbang pasaran kerja pada masa kini semakin berkurangan. JobsMalaysiaTerkini.com akan kongsikan kepada ada lebih lanjut mengenai Portal MyFutureJobs bai penganggur atau graduan yang ingin mencari pekerjaan.

PORTAL MYFUTUREJOBS Perkeso

Daftar MyFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya untuk penganggur

MyFutureJobs merupakan salah satu portal dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Portal ini diwujudkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu program Inisiatif Pengambilan Pekerjaan yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan.


Rakyat Malaysia digalakkan untuk mendaftar di portal ini termasuklah graduan dan juga lepasan sekolah. Namun begitu, bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet bagi tujuan pendaftaran, anda boleh terus menghubungi pihak PERKESO yang berdekatan.

Kepada majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing boleh mendaftarkan profile syarikat di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bermula 15 Jun. Majikan yang mengambil pekerja menerusi program ini mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO bagi caruman wajib.

Di bawah ini dikongsikan kepada anda cara-cara mendaftar di Portal MyFutureJobs 

  • Layari portal Klik Sini
  • Klik 'Job Seeker Sign In' pada bahagian atas kanan skrin
  • Dalam paparan selanjutnya klik 'Register' 
  • Masukkan email dan kata lalun (reka sendiri) dan klik 'Register'
  • Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal.Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
LOG MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS

  • Layari portal Klik Sini 
  • Klik 'Job Seeker Sign In' pada bahagian atas kanan skrin
  • Log masuk menggunakan email dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman 'Match Jobs' atau panan kerja di mana anda boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
DAFTAR MAJIKAN MYFUTUREJOBS 

Bagi majikan yang ingin mendaftarkan kekosongan jawatan di portal MyFutureJobs, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  • Layari portal Klik Sini
  • Klik 'Employer Sign In' pada bahagian atas kanan skrin
  • Dalam paparan seterusnya klik 'Register Here'
  • Isikan butiran syarikat dan klik 'Send For Approval'
  • Maklumat berkaitan akuan syarikat telah disahkan oleh MyFutureJobs bakal diterima dihantar dan diterma oleh syarikat.
PROGRAM INISENTIF PENGAMBILAN PEKERJA PENJANAKERJAYA

Kerajaan telah memperuntukkan inisentif berjumlah RM1.5 billion bagi program ini dengan sasaran lebih 300,000 pencari kerja. Majikan boleh memohon inisentif ini mulai 15 Jun 2020 melalui portal Penjaan Kerjaya PERKESO.

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang berjayadiambil bekerja dibawah program ini menerusi portal Penjana Kerjaya bagi mendapatkan kelulusan bayaran inisentif. Inisentif pengambilan pekerja akan dibayar bagi bulan berikutnya secara caruman PERKESO dibayar.

Majikan hanya perlu membuat sekali sahaja permohonan untuk inisentif ini dan pembayaran inisentif akan dibuat selama 6 bulan secara automatik. Majikan boleh pilih senarai kursus yang diluluskan di dalam Penjaan Kerjaya PERKESO bagi latihan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja menerusi program ini.

Di bawah ini disenaraikan inisentif yang disediakan kepada majikan yang menyertai program Penjana Kerjaya:

  • RM6OO sebulan bagi pengambilan perantis
  • RM800 sebulan bagi pengambilan pekerja berumur 40 tahun dan ke bawah 
  • RM1,000 sebulan bagi pengambilan pekerja berumur 40 tahun dan ke atas atau dari golongan OKU
PROSES PROGRAM INISENTIF PENGAMBILAN PEKERJA

Berikut merupakan paparan mengenai proses Program Inisentif Pengambilan Pekerja akan dilaksanakan bagi memudahkan untuk membuat rujukan:

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau ingin mengajukan soalan, anda boleh rujuk pautan yang disediakan di bawah atau hubungi PERKESO ditalian berikut;

Email: penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Talian: 03-8091 5300 / 1-300-22-800


















No comments:

Post a Comment