LHDN: Cara Membuat Permohonan Baru (GKP) & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 Kini Dibuka! - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Saturday, October 3, 2020

LHDN: Cara Membuat Permohonan Baru (GKP) & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 Kini Dibuka!

 

Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 telah dibuka bermula hari ini iaitu pada 1 - 31 Oktober 2020.


Program ini dibuat bertujuan bagi membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.


Kerajaan telah mengeluarkan bajet sebanyak 600,000 juta bagi membantu para usahawan kecil yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.


Baca juga Program Subsidi Upah 2.0 PERKESO Pakej Prihatin PKS


PEMBUKAAN SEMULA GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0 

Bantuan ini hanya kepada usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.


Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Mesti aktif menjalankan perniagaan 
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik 
Selain itu, pemohon hendaklah yang berdaftar dengan beberapa agensi seperti
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataU Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau 31 Ogos 2020.

PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) dibuka bermula 1 - 31 Oktober 2020. Permohonan ini boleh dibuat melalui pautan GKP Hasil.


Permohonan secara manual tidak diterima. Sebelum ini, sebanyak 642,976 pemohon diterima sejak dibuka awal Mei lalu.


Dripada jumlah tersebut sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.

Manakala baki 72,895 (11.3 peratus) permohonan ditolak.


KEPUTUSAN PERMOHONAN 

Keputusan permohonan boleh disemak bermula 15 November di portal yang sama.


TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftarkan semasa permohonan dibuat.

Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.


MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP HASIL

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
  • HASIL LIVE CHAT





No comments:

Post a Comment