(JOM SEMAK!) Semakan GKP Geran Khas Prihatin 2.0. Bayaran one-off RM3000! - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, November 27, 2020

(JOM SEMAK!) Semakan GKP Geran Khas Prihatin 2.0. Bayaran one-off RM3000!



Kerajaan telah menyediakan bantuan Geran Khas Prihatin sebanyak 2.0 RM3000 kepada rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan dan SSM. Semakan kelulusan boleh dibuat pada 27 November 2020.

Manakala pembayaran bantuan pula akan mula dibuat bermula 30 November nanti.

Menurut petikan akhbar Berita Harian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0.

Untuk sebarang pertanyaan lain mengenai GKP ini sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Cara Buat Semakan GKP

Untuk membuat semakan permohonan GKP Geran Khas Prihatin ini, sila klik di pautan berikut:

https://gkp.hasil.gov.my/

Caranya:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  2. Tekan Enter / Cari
  3. Status kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL

Jika laman rasmi tidak boleh dibuka, ini adalah kerana terlalu ramai orang masuk ke dalam website tersebut pada waktu yang sama. Sila semak semula pada waktu malam atau ketika tidak ramai orang.

Semoga Berjaya.

Syarat Permohonan Geran Khas Prihatin GKP

Berikut merupakan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2020.

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Jumlah pekerja hendaklah kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Perlu berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif dalam perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Sila sebarkan info bermanfaat ini kepada kepada mereka yang lain. Jika anda ingin mencari Jawatan Kosong Kerajaan / Swasta anda boleh layari www.jobsmalaysia.com . Terima kasih

No comments:

Post a Comment