[RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP. Pengeluaran Sehingga RM10,000.00! Mohon Sekarang! - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Monday, December 21, 2020

[RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP. Pengeluaran Sehingga RM10,000.00! Mohon Sekarang!



i-Sinar KWSP | Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan akaun i-Lestari yang membolehkan pencarum mengeluarkan duit sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 KWSP.

Terkini, kerajaan telah membenarkan pula pengeluaran dari akaun KWSP dan diberi nama sebagai i-Sinar. Pengeluaran i-Sinar KWSP yang mengizinkan anda membuat pengeluaran sebanyak yang lebih besar iaitu RM10,000. https://www.jobsmalaysiaterkini.com/ akan kongsikan dengan anda cara mudah untuk membuat permohonan i-Sinar.

Siapa yang layak buat permohonan i-Sinar?

Untuk makluman, orang yang buat keluarkan duit KWSP Akaun 1 i-Sinar ini hanya orang yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 sahaja.

Jadi, jika anda tidaklah terjejas sangat, iaitu gaji tidak turun 30% dan saja-saja mahu keluarkan RM10,000, itu adalah tidak dibenarkan.

Jumlah Kelayakan i-Sinar




Cara Mohon i-Sinar KWSP (Klik Bawah)

Berikut ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun :

1. Permohonan i-Sinar perlu dibuat secara atas talian/ online,

2. Sila daftar di isinar.kwsp.gov.my.

3. Isi Nombor Pengenalan anda & Nombor Telefon.

4. Masukkan Nombor OTP yang telah dihantar melalui SMS.

5. Jawab Soalan Keselamatan.

6. Pilih jumlah pengeluaran yang anda inginkan.

7. Pilih Bayaran Bulanan Pertama.

8. Sila isi dengan lengkap Maklumat Pemohon & Maklumat Pembayaran.

9. Tekan Hantar.

10. TAHNIAH, permohonan anda telahpun diproses.


Permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP

Pihak KWSP telah membahagikan permohonan kepada 2 kategori.

KATEGORI 1

  1. Pencarum yang sudah lama tidak mencarum.
  2. Suri Rumah
  3. Bekerja Sendiri
  4. Bekerja dalam sektor ekonomi gig (exp: Pemandu Grab)
  5. Hilang Pekerjaan
  6. Dapat Cuti Tanpa Gaji
  7. Hilang Sumber Pendapatan

Syarat untuk Kategori 1 adalah :

  • Pencarum yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut ketika membuat permohonan
  • Pencarum yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak 1 Mac 2020.
  • Pencarum boleh buat permohonan pada 21 Disember 2020.

KATEGORI 2

  • Pencarum KWSP yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
  • Termasuk pengurangan gaji, elaun atau pemotongan masa.
  • Pencarum perlu sedikan dokumen : Slip gaji sebelum & selepas pengurangan gaji serta notis berhenti kerja atau permotongan elaun atau bukti kerja lebih masa.
  • Pencarum boleh membuat permohonan pada 11 Januari 2020.

Kandungan [tutup]

Cara mohon i-Sinar KWSP (Tanpa i-Akaun)
Bila boleh mohon i Sinar KWSP?
Bolehkah memohon i-Sinar guna i-Akaun?
Kelayakan permohonan i-Sinar

Info Lanjut :

Semakan status permohonan anda boleh dibuat mulai 4 Januari 2021. Nantikan.

Untuk maklumat lanjut & sebarang pertanyaan mengenai KWSP, sila hubungi di talian:

Telefon : 03-8922 6000
Fax : 03-8922 6222

Waktu Beroperasi : Isnin – Jumaat (8 Pagi – 5 Petang)







No comments:

Post a Comment