Tahukan anda sebenarnya, resume sangat penting bagi memberikan first impression yang baik kepada majikan sewaktu sesi temuduga. Namun demikian terdapatramai graduan yang permohonannya ditolak dan tidak dilayan oleh majikan disebabkan penulisan resume yang tidak menarik dan tidak mencapai kriteria yang diingini.
Oleh itu, sebagai fresh graduate, anda perlu memiliki kemahiran penulisan resume yang baik.
Kami di www.jobsmalaysiaterkini.com akan berkongsi kepada anda panduan tentang bagaimana hendak menulis resume yang baik.
1. Menulis Resume Berdasarkan Jawatan Yang Dipohon
Anda harus menulis resume anda berdasarkan jawatan yang ingin anda pohon. Contohnya, jawatan yang anda ingin mohon seperti Project Engineer dan syarikat pelantikannya seperti ini:
- Candidate must prossess Degreen in Mechanical Engineering
- Required skill(s): MS Office, MS Project, AutoCAD
- Required language(s): English and Bahasa Malaysia
- Applicant must be willing to travel and work in site environment
- Must be willing to work according to site working hours
- Proactive in problem solving and dynamic
- Good communication,organizational skills and interpersonal skills
2. Berfikir Seperti Majikan Yang Hendak Mencari Pekerja Yang Terbaik Untuk Syarikatnya
Pemikiran anda semasa menulis resume, hendaklah berfikir sebagai seorang majikan yang hendak mencari pekerja untuk syarikatnya. persoalan seperti ciri-ciri pekerja yang layak, kesediaan bekerja lebih masa, kesediaan membantu dan memberikan buah fikiran idea untuk menyelesaikan masalah antara persoalan-persoalan penting yang anda perlu fikirkan.
Setiap majikan menginginkan pekerja yang perform dan bersedia melakukan apa sahaja untuk kebaikkan syarikatnya. Justeru itu, anda wajib untuk memenuhi ciri-ciri pekerja yang layak. Sekiranya anda rasa diri anda tidak mencapai kriteria yang ditetapkan, anda perlulah mengubah mindset anda dan berusaha untuk memenuhi ciri-ciri kriteria pekerja yang layak digajikan oleh majikan.
3. Menulis Maklumat Pendidikan Dengan Jelas Dan Mudah Difahami Majikan
Kebiasaan lama fresh graduate yang gemar menulis maklumat pendidikannya seperti berikut:
- PMR 8A - 2010
- SPM 10A - 2013
- DIPLOMA Mechanical Engineering 2014 - 2016
- IJAZAH Mechanical Engineering 2016 - 2018
- DIPLOMA Mechanical Engineering 2014 - 2016
- Core Subject ( bla.bla.bla.bla.bla ) CGPA 3.90
- Ijazah Mechanical Engineering 2014 - 2016
- Core Subject ( bla.bla.bla.bla.bla ) CGPA 3.60
4. Jangan Lupa Untuk Masukkan Pengalaman Praktikal Dalam Resume Anda!
Pengalaman anda semasa menjalankan latihan industri atau praktikal amatlah penting untuk anda masukkan dalam resume atau ceritakan semasa anda temuduga. Melalui, pengalaman anda melakukan latihan industri, majikan akan mendapat satu gambaran yang baik tentang diri anda. Ceritakan segala pengalaman dan apa aktiviti anda buat semasa latihan industri.
Jangan sesekali anda memasukkan pengalaman bekerja yang tiada kaitan langsung dalam resume anda. Contohnya, anda masukkan pengalaman anda bekerja sebagai penghantar pizza, grabfood atau sebagai yang tiada kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Paling penting, ceritakan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan jawatan ayang anda pohon. InShaAllah ada rezeki majikan akan tertarik dengan anda.
5. Tulis Pengalaman Anda Sekiranya Anda Terlibat Mana-Mana Organisasi Luar
Sekiranya anda seorang yang bergiat aktif dengan dunia organisasi luar dan join program-program bantuan, anda bolehlah tulis aktiviti anda di dalam resume. Ini menunjukkan anda seorang yang boleh untuk bekerja dalam organisasi dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang penting dalam gerak kerja organisasi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda aplikasikan dalam mendapatkan kerja yang anda inginkan. Semangat! Jangan mudah give up!
Kredit: jawatankosonghub.com
No comments:
Post a Comment