Cara Daftar Pekerja Di Jobs Malaysia - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, March 19, 2021

Cara Daftar Pekerja Di Jobs Malaysia

 

    Cara Daftar Pekerja di Jobs Malaysia pernahkah anda mendaftar sebagai pengguna Portal JobsMalaysia? Portal JobsMalaysia merupakan satu sistem untuk anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda secara atas talian (online) yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM) secara percuma. Dengan wujudnya sistem yang menjadi pusat sehenti maklumat pasaran buruh ini dapat memberi kemudahan kepada pencari kerja bagi mendapatkan kerja yang sesuai. Majikan pula boleh mengiklankan jawatan bagi mendapatkan pekerjaan mengikut keinginan syarikat.

www.jobsmalaysiaterkini.com akan kongsikan kepada anda panduan untuk mendaftar sebagai pencari kerja di JobsMalaysia.

Cara Mendaftar Di JobsMalaysia   

Dibawa ini merupakan langkah-langkah untuk register di JobsMalaysia

1. Layari portal jobsmalaysia.gov.my  

2. Klik anak panah pada tab "Pencari Kerja"

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) serta maklumat yang diminta.


4. Klik "Daftar"

5. Lengkapkan Pendaftaran Pencari Kerja - Profile Am Pemohon

6. Pada akhir halaman ini sila pilih Tahap Pendidikan serta Sektor Pekerjaan. Tahap pendidikan akan menentukan bilangan bagi pilihan Sektor Pekerjaan yang anda boleh mohon. Sekurang -kurangnya terdapat satu pilihan diperlukan.

a) Agensi Kerajaan (selain SPA)

b) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

c) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

d) Angkatan Tentera Malaysia 

e) Sektor Swasta


7. Setelah selesai mengisi maklumat dikehendaki di dalam setiap halaman, tekan butang <Berikut> untuk ke halaman berikutnya.

8. Lengkapkan maklumat Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon. Anda perlu mengisi maklumat untuk setiap Sektor Pekerjaan yang telah anda pilih.

9. Lengkapkan Maklumat Terperinci, Maklumat Fizikal, Maklumat Akademik, Pengalaman Kerja, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

10. Sterusnya baca Pengakuan Pemohon dan tandakan pada kotak " Saya Setuju".

11. Akhir sekali pada halaman Pendaftaran Pencari Kerja  - Selesai dipaparkan, ini menandakan bahawa pendaftaran anda telah selesai. Skrin akan memaparkan semula maklumat Login ID pencari kerja bersama No Pin.

Pada halaman  ini juga, anda boleh memuat naik sijil yang anda ada dengan menekan butang <Muatnaik Sijil>

Semoga dengan panduan ini  dapat memudahkan anda yang sedang mencari kerja untuk mengisi  jawatan kosong yang diiklan di portal rasmi ini.     

No comments:

Post a Comment