Permohonan IPG PISM - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Monday, March 15, 2021

Permohonan IPG PISM


IPG PISMP – Permohonan | Bagi calon lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru ini adalah peluang anda. Anda boleh memohon di portal rasmi bagi kemasukan PISMP 2021.

Dalam artikel ini akan kongsikan kepada anda perkara – perkara wajib perlu anda ketahui.

Tentang IPG

Di IPG (Institut Pendidikan Guru) ini, bakal guru akan dilatih melalui program PISMP. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini merupakan satu program guru tajaan KPM untuk pelajar lepasan SPM. Oleh itu bagi lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru samada bagi sekolah rendah atau sekolah menengah digalakkan untuk memohon.

Permohonan IPG lepasan SPM bagi tahun 2018, 2019 & 2020 ini akan mula di buka pada 15 Mac sehingga 15 April 2021.


PISMP – Pengenalan

Pelajar yang layak perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak dua semester selama setahun di mana – mana IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Setelah pemohon lulus dan diberikan sijil tamat PISMP akan ditawarkan bagi mengikuti pengajian PISMP seterusnya selama 4 tahun di mana – mana IPG yang telah ditetapkan.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Bagi pelajar PISMP, anda akan menerima elaun setiap bulan sebanyak RM430 dan yuran pengajian berjumlah RM27,831 sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun akan ditanggung oleh kerajaan.

IPG – Syarat Kemasukan

Sebelum anda membuat permohonan ini, anda perlu menyemak beberapa syarat umum untuk memohon :

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa membuat permohonan
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang dimana merangkumi gred A-, A dan A+ dalam lima mata pelajaran di peringkat SPM
  • Mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  • Pelu memenuhi syarat bidang pengkhususan

Calon perlu ingat bahawa bidang yang akan ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Cara Permohonan PISMP

  • Setiap tahun, mengenai kemasukan ke program ini akan disiarkan dalam surat khabar.
  • Namun, permohonan ke PISMP boleh dilakukan menerusi laman rasmi KPM secara atas talian (online) di www.moe.gov.my.
  • Hanya SATU permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap atau diisi dengan maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon akan dipanggil menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari laman rasmi PISMP 2021 iaitu di:
—-> https://pismp.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

P/s: Untuk memohon UPU secara online, anda perlu buat pembelian no pin upu sebelum mengemukan permohonan di mana-mana UPU. Anda juga digalakkan untuk membuka akaun bank sendiri seperti Maybank2u atau iRakyat bagi kegunaan masa depan.

IPG 2021 -Bidang Pengkhususan

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Manakala anda boleh baca di sini bagi bidang pengkhususan PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Jawatan Kosong berharap agar calon-calon lepasan SPM mempunyai hala tuju yang jelas dalam memilih kerjaya pada masa hadapan. Bincang dengan ibu bapa anda mengenai minat dan bakat anda sebelum menceburi bidang-bidang yang diingini.





No comments:

Post a Comment