Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 Sebanyak RM150 Hingga RM1,000 Sebulan
Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan salah satu daripada 11 jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan meringankan beban rakyat.
Ibu bapa / penjaga yang ingin membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 ini, sila baca maklumat yang www.jobsmalaysiaterkini kongsikan berikut:
Baca juga : Portal Pembasmian Kemiskinan eKASIH: Cara Daftar Dan Semakan Pendaftaran Secara Atas Talian / Online
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Dan Tujuan BKK
Bantuan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan bertujuan memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia mendapat pembelaan untuk meneruskan kehidupan pada masa Covid-19 sebelum memasuki fasa endemik di negara kita. Berikut adalah tujuan BKK 2021.
Membantu keluarga/ penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak/ kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perihatin.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM berusaha keras untuk membantu kanak-kanak yang akan menjadi masa depan negara tiada yang tercicir atau telepas pandang daripada menerima bantuan. KPWKM dan JKM memastikan tiada kanak-kanak daripada golongan kurang bernasib baik atau anak yatim ketinggalan untuk memperoleh kehidupan yang normal.
2. Kada Bantuan BKK 2021
Kadar minimum sebanyak RM100 dan kadar maksimum sebanyak RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:
- Anak berumur 6 tahun ke bawah : RM200
- Anak beumur 7 hingga 18 tahun : RM150
- Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan
3. Syarat Kelayakan Khusus
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK):
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapital Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
4. Cara Permohonan
Mestilah membuat permohonan bantuan kewangan BKK Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (meanstested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
5. Permohonan Manual
Pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pajabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Penyata Gaji (jika ada), Surat Akuan Pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salah satu Bil Utiliti (air/ elekrik/ telefon/ astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kasihatan kerajaan/ swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
6. Borang Permohonan Bantuan
Borang permohonan berkaitan:
7. Permohonan Atas Talian
Permohonan BKK Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;
PERHATIAN: Sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 dari dari permohonan dibuat di atas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
8. Info Dan Maklumat Tambahan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6,9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Facebook JKM - https://www.facebook.com/myJKMHQ
Facebook KWPKM -
No comments:
Post a Comment