Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Sebanyak RM500 “One Off” - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Thursday, October 14, 2021

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Sebanyak RM500 “One Off”



Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini


Kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bantuan kewangan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan strategi kerajaan untuk meningkatkan semula ekonomi negara.

Penerima yang layak menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah berdasarkan data KWSP atau PERKESO pada tahun 2021.

 

Dalam Pakej PEMULIH, Kerajaan telah menyediakanbanyak bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas seperti, Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) serta lain-lain lagi.

Perlaksanaan pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM17.1 Bilion serta dapat memanfaatkan seramai 1 juta ahli yang kehilangan sumber pendapatan akibat penularan covid-19 di negara kita.

  

1. Kadar Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Penerima bantuan BKP ini akan menerima bayaran pada bulan Oktober 2021 sebanyak RM500 “One-Off.”

 

2. Cara Membuat Permohonan  BKP

Buat masa kini, tiada sebarang permohonan untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) tetapi penerima yang layak adalah berdasarkan data KWSP atau PERKESO agar memastikan setiap individu yang layak dapat menerima bantuan kewangan.

 

3. Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Untuk pengetahuan anda semua, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan disalurkan pada bulan Oktober 2021. Namun begitu, kita perlu tunggu tarikh rasmi daripada penguguman Menteri Kewangan.

 

4. Maklumat Tambahan

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), anda boleh rujuk di laman web rasmi https://www.mof.gov.my/.

No comments:

Post a Comment