Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP : Sebanyak RM3,000. Permohonan Dibuka! Muat Turun Borang Permohonan. - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Monday, October 18, 2021

Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP : Sebanyak RM3,000. Permohonan Dibuka! Muat Turun Borang Permohonan.



Berita baik kepada para usahawan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dipelawa untuk memohon Bantuan Perniagaan Musaaadah Tijariyyah 2.0.

Pemohon yang berjaya akan menerima wang bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 sebanyak RM3,000 dalam bentuk modal pusingan.

Mohon sebelum tarikh tutup permohonan, Muat turun borang permohonan di sini.

 

1. Tarikh Pemohonan Dibuka Dan Ditutup

Untuk makluman usahawan di Wilayah Persekutuan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut:

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 16 Oktober 2021
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 30 Oktober 2021

Baca Juga: Cara Tebus Baucer Pelancongan Kita Slengor 2.0 Di Shopee Sebanyak RM100

 

2. Jumlah Kadar Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0

Jumlah kadar bantuan ialah sebanyak RM3,000 (dalam bentuk modal pusingan).

 

3. Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon

Usahawan yang berminatuntuk membuat permohonan, sila baca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0

 

4. Dokumen Sokongan

Lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan pasangan
  3. Satu penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon
  4. Satu penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan
  5. Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti temoat tenggal terkini
  6. Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
  7. Satu salinan penyata akaun surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.

Antara perniagaan yang dibenarkan untuk membuat permohonan ialah:

  • Makanan dan minuman
  • Barang kering seperti pakaia, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah
  • Perkhidmatan seperti gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.

 

5. Panduan Mohon Bantuan

Untuk mohon bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 anda perlu muat turun borang permohonan terlebih dahulu dipautan berikut:

Atau anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 ini.

Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke lokasi berikut:

  • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya

 Baca juga: Cara Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Status Gagal Dikreditkan Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)


6. Maklumat Tambahan Dan Pertanyaan

Dapatkan maklumat tambahan dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Musaadah Tijariiyyah 2.0 di laman web MAIWP seperti berikut:

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/

No comments:

Post a Comment