Bermula Jun Ini Kerajaan Melaksanankan Bantuan Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Penerima BPR Dan Golongan B40 - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, October 15, 2021

Bermula Jun Ini Kerajaan Melaksanankan Bantuan Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Penerima BPR Dan Golongan B40

 

Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini



Melalui PEMERKASA Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 yang akan diterima oleh golongan B40. Manakala rakyat Malaysia penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah  akan menerima  bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai jun ini.

 

Melalui inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion  kepada RM2.4 juta penerima bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.

 

1. Bantuan RM500 One Off

Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

 

2. Golongan yang Layak Menerima Bantuan Tambahan

Bantuan ini melibatkan penerima yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun.

 

3. Tarikh Bayaran RM500 Untuk B40 Dan Penerima BPR

Untuk golongan B40 DAN penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan ke akaun masing-masing mulai bulan Jun 2021

 

 

4. Cara Memohon

Bantuan RM500 secara one-off tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan

Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

No comments:

Post a Comment