Cara Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Status Gagal Dikreditkan Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, October 15, 2021

Cara Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Status Gagal Dikreditkan Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)



Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini




Untuk makluman pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) berita baik pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memberi ruang untuk membuat kemaskini maklumat pembayaran GKP bagai status gagal dikreditkan ke akaun. Pemohon boleh mengemaskini maklumat pembayaran GKP secara atas talian atau online menerusi Portal Rasmi GKP.

 

1. Bila Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank?

Tarikh kemaskini akaun bank boleh dilakukan bermula 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

 

2. Pemohon/Penerima Yang Perlu Kemaskini

  • GKP 3.0
  • GKP 4.0
  • GKP Permai
  • GKP Pemerkasa

 

3. Panduan Kemaskini Akaun Bank

Boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://gkp.hasil.gov.my

 

4. Maklumat Tambahan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kemaskini akaun bank, anda boleh hubungi LHDNM di talian hotline 1-800-8-2747

No comments:

Post a Comment