eGUMIS: Semakan Wang Tak Dituntut Online - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Friday, October 15, 2021

eGUMIS: Semakan Wang Tak Dituntut Online

Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini


eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online.Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2020.

Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu dan bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini boleh diakses sepenuhnya untuk semak WTD.

Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat.

  

1. Wang Tak Dituntut (WTD)

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya

WTD adalah wang yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia menerima sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut pada 31 Oktober 2021 yang lalu.

 

2. Tiga (3) Kategori Wang Tak Dituntut (WTD)

Jabatan Akauntan Negera Malaysia memaklumkan terdapat 3 kategori WTD

1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada satu (1) tahun.

Contohnya:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang perlu dibayar kepada kakitanga;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumenlain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutangan pebagai berbaki kredit.

 

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Wang dalam sesuatu akaun dagangan  yang telah  tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan  WTD adalah melalui Online Banking.

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan caj tambahan.

3. Langkah-Langkah Untuk Menggunakan Sistem Semakan WTD

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS bagi memudahkan urusan semakan WTD secara atas talian atau online.

Untuk menggunakan sistem tersebut anda perlu ikut beberapa langkahmudah di bawah;

Langkah 1: Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/. 

Langkah 2: Buat pendaftaran  penggunaan secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna

Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2016 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenerkan carian sebanyak 2 kali sehari.

 

Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.

Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.

 

4. Proses Untuk Membuat Tuntutan WTD

Boleh buat permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD yang layak untuk pihak-pihak berikut;

Empunya/Pemilik harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;

Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan;

Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap.

 

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan  untuk dikreditkan  ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.

 

5.  Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.

No comments:

Post a Comment