Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Bantuan Kepada Keluarga Malaysia B40 - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Thursday, October 14, 2021

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Bantuan Kepada Keluarga Malaysia B40

 

Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini




Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia ke-9, pakej itu dirangka sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

Untuk makluman sekalian Kerajaan akan mengagihkan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) yang bernilai RM471.6 juta kepada golongan B40 di Malaysia.

 

1. Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

PPC merupakan inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

 

 

2. Cara Membuat Permohonan  PPC

Kerajaan belum menetapkan cara memohon PPC buat masa kini sama ada perlu mengisi borang tertentu atau perlu dihantar ke rumah masing-masing.

Pun begitu, menurut kenyataan Perdana Menteri;

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.”

“Mereka ini adalah dalam kalang isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa yang mempunyai anak.”

“Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.

 

3. Semakan Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Melalui Data BPR

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan keluarga B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi BPR;

https://bpr.hasil.gov.my/

  1.  Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan Dipaparkan
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

4. Tarikh Perlaksanaan/Pemberian Bantuan PPC

Buat masa kini kerajaan masih belum mengumumkan tarikh perlaksanaan atau pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Ia dijangka akan diumumkan dalam amsa terdekat leh agensi yang menguruskan bantuan.

 

5. Senarai Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi:

  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga)
  • Kit ujian kendiri  COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  • 1 pluse oximeter
  • 1 termometer serta;
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

 

Semoga dengan pemberian bantuan PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 da melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada dijangkiti virus COVID-19.

 

6. Kenyataan Media Perdan Menteri



No comments:

Post a Comment