UNTUK MAKLUMAN GRADUAN MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke pringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.
1. Apakah Itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?
Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca SIswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pegajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
2. Syarat Kelayakan Pemohon
Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
1. Pemohon adalah salah satu ibu ATAU bapa adalah keturunan Bumiputera dan warganegara Malaysia
2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
3. Pemohon telah menematkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kelayakan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam para 1.
4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-maan Institusi Pengajian atas masalah akademik./disiplin.
Individu bujang yang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendaoatan kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Syarat Akademik
1. Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:
2. Bagi penaja peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part 1 dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengajaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
4. Syarat Program
1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.
2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
3. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
4. Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemukan luar negara seperti Lampiran B.
5. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
6. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Aawam (JPA).
7. Pemohon terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikuti kursus dalam bidang terpilih seperti di bawah:
5. Cara Mohon
Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui Portal MARA iaitu;
https://myeduloan.mara.gov.my/v3/
Pemohon hendaklah mendaftar dahulu sebagai pengguna baru sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahani garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
5. Tarikh Mohon
Permohonan dibuka mulai 21 September 2021 (Selasa) sehingga 23 Oktober 2021 (Sabtu).
7. Rujukan & Maklumat Lanjut
Rujukan
https://www.mara.gov.my/…/GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN-GREP…
Infografik:
1.
2.
Soalan Lazim:
https://www.mara.gov.my/…/upl…/2021/09/FAQ-GREP-2021.pdf
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian dan email seperti berikut:-
Telefon:
03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 (GrEP@ Dalam Negara)
Emel:
grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara)
grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara)
Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA
No comments:
Post a Comment