Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH) - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Saturday, October 16, 2021

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)

 

Ikuti Channel Telegram Rasmi: https://t.me/JobsMalaysiaTerkini


 

Berita baik buat penduduk setinggan yang berpendapatan rendah. Kerajaan telah memperkenalkan Permohonan Rumah Mampu Milik di bawah Program Perumahan Rakyat.

Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh negara adalah Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

1. Tujuan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Untuk membantu rakyat khususnya mereka yang dari golongan B40 mendapat penempatan yang sesuai dan selesa. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan sayu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan rakyat Malaysia.

 

2. Kategori Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR dibahagi kepada 2 kategori iaitu:

  1. PPR Disewa
  2. PPR Dimiliki

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Baca juga, Cara Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Status Gagal Dikreditkan Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP). 


3. Cara Mohon Rumah Mampu Milik 2021

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu kalangan masyarakat terutama golongan B40 untuk mempunyai Rumah Mampu Milik pada tahun 2021.

 

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan salah satu modal dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan  di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

 

4. Syarat Kelayakan PPR

1. Skim PPR Disewa

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

2. Skim PPR Dimiliki

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

3. Skim PRIMA

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas
  • Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 ke bawah

 

5. Panduan Memohon PPR

1. Daftar Akaun Pemohon

  • Pastikan pemohon yang ingin membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan.
  • Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  • https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Pastikan pemohon megisi maklumat yang diperlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan alamat e-mel.

 

2. Pergi Ke Emel Untuk Pengesahan

  • Pastikan emel yang telah didaftrakan adalah betul dan masih aktif.
  • Pemohon akan menerima emel dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan emel yang telah didaftarkan.
  • Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon diminta untuk memasukkan password. Pastikan passworld yang diisi harus diingat.

Ingat! Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon diminta untuk memasukkan password. Pastikan password yang diisi diingat.

 

3. Pilih Skim PPR Anda

  • Untuk pemohon pastikan pemohon memiliki SKIM PPR DISEWA / SKIM PPR DIMILIKI / MYHOME.
  • Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang diinginkan.”
  • Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  • Maklumat yang perlu diisi  seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

 

4. Lampirkan Dokumen Sokongan

  • Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang diminta sebagai bukti.
  • Pastikan semua dokumen yang dihantar adalah dokumen dalam bentuk PDF dan tidak melebihi 3MB.

 

5. Membuat Pengesahan

Dokumen sokongan yang telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.

Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

 

6. Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline I-Sinar di talian 03-8891 4475, atau rujuk Jabatan  Perumahan Negara.

Semoga perkongsian yang diberikan www.jobsmalaysiaterkini.com mengenai Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Untuk Golong B40 (TEDUH) dapat memberi manfaat kepada semua keuarga Malaysia.

1 comment:

  1. 1 lorong Sri KIJANG 11 Taman Sri KIJANG Alama 14000 Bukit Metajam Pulau pinang

    ReplyDelete