Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih: Cara Daftar Dan Semakan Pendaftaran Secara Atas Talian / Online - Jobs Malaysia Terkini

Breaking

Wednesday, October 20, 2021

Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih: Cara Daftar Dan Semakan Pendaftaran Secara Atas Talian / Online

Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih: Cara Daftar Dan Semakan Pendaftaran Secara Atas Talian / Online

 

1. Sistem eKasih

Sistem eKasih merupakan satu sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin, portal pembasmian kemiskinan telah diwujudkan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

 

2. Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional

Ianya adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/ bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/ bantuan yang diterima..

 

3. Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih:

  • Isi rumah berpendapatan di bawah  Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
  • Warganegara Malaysia

 

4. Empat (4) Punca Pendapatan Utama

Empat punca pendapatan utama perkerjaan sendiri, bekerja sendiri, pendapatan daripada harta dan pelaburan dan pindaan semasa  diterima.

Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

 

5. Ciri-Ciri eKasih

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemaskini secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapital
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

 

6. Borang Pendaftaran eKasih

Pendaftaran eKasih adalah secara terbuka, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada maklumat berikut untuk membuat pendaftaran :

  • Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.
  • Individu atau orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.
  • Melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

 

7. Senarai Nombor Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

Berikut adalah nombor telefon PPN mengikut negeri yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

1. PPN Perlis : 04-9731976

2. PPN Kedah : 04-7209236

3. PPN Pulau Pinang : 04-2185700

4. PPN Perak : 05-2497400

5. PPN Selangor : 03-55213600

6. PPN W.Persekutuan Kuala Lumpur : 03-40420260/61

7. PPN Negeri Sembilan : 06-7659945

8. PPN Melaka : 06-3333333

9. PPN Johor : 07-2234777

10. PPN Pahang : 09-5178208

11. PPN Terengganu : 09-6272000

12. PPN Kelantan : 09-7455000

13. PPN Sarawak : 082-446582

14. PPN Sabah : 088-484800

 

8. Status Daftar Bantuan

Terdapat 4 status daftar eKasih:

  1. Disahkan : Telah dibanci
  2. Disemak : Dalam proses banci
  3. Ditolak : Tidak layak dibanci
  4. Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru

9. Carta Proses Pendaftaran 


10. Semakan Permohonan Pendaftaran Secara Online

Untuk membuat semakan eKasih sama ada nama anda telah didaftarkan dalam sistem eKasih adalah dengan menghubingi pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/ Pej Pembangunan Negeri (JPP/ PPPN - Bahagian/ Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberi maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon atau alamat e-mel/ alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

Pilihan alternatif yang paling mudah adalah melalui pautan berikut :

Semakan Pendaftaran Online

  1. Masukkan No Kad Pengenalan
  2. Klik Untuk Cari  

 

11. Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut:

Maklumat Lanjut

No comments:

Post a Comment