Cara Untuk Mohon Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Tahun 2021 Dan Semakan BKP Secara Atas Talian / Online.
Untuk makluman Keluarga Malaysia bermula pada 26 Oktober 2021 yang lalu Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan ke akaun bank bagi pemohon yang layak.
Jumlah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) ialah seperti di bawah:
- Pemohon yang layak menerima bantuan BKP menerima RM500
- Pembayaran BKP dilaksanakan secara ‘one-off’
Menerusi suatu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia.
“Bantuan ini akan memberikan sedikit sebanyak faedah kepada hampir 870,000 yang telah kehilangan sumber pendapatan pada tahun 2021 ini disebabkan oleh pandemik COVID-19. Keseluruhan bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta hanya untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.”
1. Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Atas Talian/ Online
Cara semakan status kelulusan BKP boleh dilakukan melalui laman web rasmi BKP di https://bkp.hasil.gov.my
Untuk maklumat yang lebih lanjut, kesemua para penerima BKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal berkenaan.
2. Kaedah Bayaran Kredit Ke Akaun Bank Dan Bayaran Tunai
- Kaedah bayaran kredit ke akaun bank ialah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang anda daftarkan.
- Untuk mengetahui anda menerima kaedah terus ke akaun bank, setelah anda membuat semakan paparan ‘KREDIT AKAUN BANK’ pada telefon pintar anda.
- Kaedah bayaran tunai ialah bayaran dilaksanakan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
- Setelah membuat semakan anda akan menerima paparan kaedah bayaran ‘TUNAI.’
3. Panduan Menerima Bantuan Tunai RM500
- Anda hanya perlu hadir mana-mana kaunter BSN berdekatan dengan lokasi.
- Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN dan kemukakan pada staf yang bertugas.
- Hanya wakil yang didaftar sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penebusan.
4. Maklumat Tambahan
Untuk maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) ini, anda boleh merujuk laman web seperti yang berikut:
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/
No comments:
Post a Comment